Sayu Lihat Bapa Genggam Erat Tangan Jenazah Anaknya Dibawah Konkrit

Susulan daripada bencana gempa bumi yang berlaku di Turkiye dan Syria, banyak nyawa dilaporkan terkorban dan ribuan lagi hilang tempat tinggal.

 

Ketika ramai sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana ini, sekeping gambar yang menunjukkan bapa sedang menggenggam erat tangan anak perempuannya yang mati terperangkap bawah kepingan konkrit telah meruntuh hati ramai.

sayu lihat bapa genggam erat tangan jenazah anaknya dibawah konkrit

Foto itu dirakam di bandar Kahramanmaras selepas Turkiye dan Syria bergelut dengan bencana gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud pada Isnin lalu.

 

Bapa kepada mangsa itu bernama Mesut Hancer, dilihat duduk atas timbunan batu sambil memegang erat tangan anak perempuannya, Irmak, 15, yang terjulur keluar dari bawah konkrit besar.

 

Terdapat juga laporan seorang bayi baru lahir ditemui dalam keadaan masih bertali pusat bersambung dengan ibunya dari bawah bangunan runtuh. Bagaimanapun, wanita itu meninggal dunia di rumahnya di utara Syria.

 

Sumber: Kosmo!