5.2 Juta Murid Bakal Terima Bantuan Awal Persekolahan RM150 Mulai Januari

Bermula Januari 2024, seramai 5,254,200 orang murid akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang akan disalurkan secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

5.2 juta murid bakal terima lagi bantuan awal persekolahan rm150 mulai januari

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), bayaran BAP sebanyak RM150 akan dibayar kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar).

 

“Kementerian percaya bantuan awal persekolahan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata Kementerian itu dalam satu kenyataan.

 

Terdahulu, Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan, sekali gus mengekalkan pendidikan sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi.

5.2 juta murid bakal terima lagi bantuan awal persekolahan rm150 mulai januari

Untuk BAP, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM788,130.

 

Sumber: Astro AWANI / Utusan