Petang semalam sesiapa dari Ampang atau dari Sri Petaling nak pergi ke Bandar Tasik Selatan mesti korang pelik kenapa sesak teruk sangat dekat situ kan?
Kira-kira jam 5.20 petang WAZE menunjukkan kelewatan luar biasa selama 2 jam dari Ukay Perdana menghala ke Bandar Tasik Selatan. Setengah jam berikutnya pula kelewatan meningkat selama 4 jam!
Puncanya? Banjir di hadapan Pangsapuri Desa Tun Razak.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya berlaku hujan lebat pada waktu petang dan Lebuhraya MRR2 merupakan normal route anda, anda dinasihatkan untuk tangguh dahulu perjalanan atau boleh guna laluan alternatif seperti berikut:
Lebuhraya AKLEH
Lebuhraya BESRAYA
Lebuhraya MEX
Apa-apa pun, pandu cermat dan sila patuhi undang-undang jalan raya. Yang paling penting, jangan memandu ketika mengantuk dan elakkan memandu ketika cuaca hujan lebat.
Biar lambat, asalkan selamat.
Oleh : Abdul Rahman bin Khairuddin