Banjir Di Melaka Kini Pulih Sepulihnya

Banjir di Melaka dilaporkan telah pulih sepenuhnya selepas penutupan semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak awal bulan lalu.

banjir di melaka kini pulih sepulihnya

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra, ia berikutan PPS terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat menamatkan operasinya semalam.

“Sehingga jam 7 petang ini (semalam), PPS terakhir di daerah Jasin itu yang sebelum ini menempatkan 17 keluarga ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Empat PPS yang dibuka di daerah Jasin sebelum ini antara yang paling lewat ditutup kerana banyak kawasan penduduk dilanda situasi banjir genang,” katanya.

Lanjut beliau, ketika gelombang kedua banjir yang berlaku sejak 1 Januari lalu, sebanyak 23 PPS dibuka melibatkan 10 PPS di daerah Alor Gajah, sembilan Melaka Tengah dan empat di Jasin.

Semua PPS berkenaan telah menjadi rumah sementara buat 696 keluarga, melibatkan 2744 mangsa yang terjejas akibat bencana itu.

 

Sumber: [1]