Bangunan Pencakar Langit Setinggi 42 Tinggi Di China Hangus Terbakar

Sebuah bangunan pencakar langit dengan ketinggian 42 tingkat di wilayah Hunan, China hangus terbakar.

bangunan pencakar langit setinggi 42 tinggi di china hangus terbakar

Susulan itu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan orang ramai lari bertempiaran ketika api mula merebak, dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

“Api marak dengan cepat di struktur setinggi 218 meter yang menempatkan pejabat firma telekomunikasi, China Telecom dan turut menyebabkan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara sejauh beberapa ratus meter.

“Kira-kira 280 anggota bomba telah dikerah ke lokasi kejadian di bandar Changsha untuk mengawal kebakaran itu. Tiada kematian atau kecederaan diterima setakat ini,” lapor sumber.

Dalam pada itu, syarikat telekomunikasi negara itu, China Telecom mengesahkan kebakaran di Menara Komunikasi No. 2 itu berjaya dikawal dalam tempoh dua jam, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

 

Sumber: Sinar Harian