Bangunan Paling Cantik Di Dunia Kini Dibuka Di Dubai

Dubai sekali lagi menjadi sebutan dunia apabila ia membuka Muzium Masa Depan yang juga digembar-gemburkan sebagai bangunan tercantik di dunia, Selasa lalu.

bangunan paling cantik di dunia kini dibuka di dubai

Muzium tujuh tinggi itu dihiasi dengan kaligrafi Arab yang merupakan petikan daripada pemerintah Dubai, iaitu Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, serta terletak di Jalan Sheikh Zayed, lebuh raya utama bandar tersebut.

Walaupun isi dalamnya masih belum didedahkan, ia dikatakan akan mempamerkan reka bentuk dan inovasi teknologi yang bakal membawa pengunjung untuk merasai perjalanan ke tahun 2071, menurut penganjur tempat tersebut.

Turut tidak ketinggalan, papan tanda di tepi jalan menggambarkan muzium itu - hanya beberapa minit dari pembinaan tertinggi di dunia, Burj Khalifa - sebagai ‘bangunan paling indah di Bumi’ menjelang pembukaan galanya.

Muzium tersebut sekaligus merupakan tambahan terbaru kepada koleksi seni bina Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan diwujudkan selepas pameran dunia Ekspo bernilai AS$7 bilion (RM29,381,100,000), yang menampilkan sebilangan besar reka bentuk futuristik, yang dibuka di pinggir Dubai pada 30 September.


Sumber: [1]