Bangkok Dijangka Tenggelam Dan Hilang Dari Peta Dunia Lagi 78 Tahun

Ibu negara Thailand, iaitu Bangkok, serta beberapa kawasan sekitarnya dijangka tenggelam dan hilang menjelang 2100.

bangkok dijangka tenggelam dan hilang dari peta dunia lagi 78 tahun

Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Bencana di Universiti Rangsit, Dr. Seree Supharathit berkata, perkara tersebut dinyatakan dalam satu peta yang dirangka oleh organisasi perubahan iklim antarabangsa.

Beliau turut memberi amaran kerajaan negara itu mungkin perlu bersedia memindahkan ibu negara jika tiada sebarang langkah diambil bagi mengatasi kebimbangan tersebut.

Tambahnya, Thailand akan menerima taburan hujan yang lebih banyak dari September hingga November ini.

“Tahun ini banjir akan berpunca daripada ribut yang berkemungkinan bergerak ke wilayah tengah, dan membanjiri tanah ladang dan melimpah ke zon ekonomi,” ujarnya.

Terdahulu, pakar pernah memberi beberapa ramalan berbeza mengenai bila ibu negara Thailand itu akan tenggelam.

Pada 2019, ada yang menyatakan bahawa ia mungkin terjadi pada 2050.

 

Sumber: Utusan

ARTIKEL BERKAITAN