Bangkok Bakal Guna Nama Rasmi Baru, ‘Krung Thep Maha Nakhon’

Ibu negara Thailand, Bangkok dilaporkan bakal menggunakan nama rasmi baharu iaitu Krung Thep Maha Nakhon.

bangkok bakal guna nama rasmi baru, ‘krung thep maha nakhon’

Perkara itu menurut Pejabat Penaung Diraja (ORST) menerusi kabinet Thailand yang juga telah meluluskan pertukaraan berkenaan.

 

"Nama rasmi baharu itu hanya berkuat kuasa selepas disemak oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti draf rang undang-undang serta dipantau Kementerian Luar," menurut ORST.

 

Bagaimanapun nama Bangkok yang telah digunakan secara rasmi sejak November 2001, masih lagi diiktiraf penggunaannya.

 

Krung Thep Maha Nakhon, atau 'Krung Thep', adalah singkatan kepada nama asal kawasan ini ketika pemerintahan Raja Mongkut iaitu 'Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya Witsanukam Prasit'.

bangkok bakal guna nama rasmi baru, ‘krung thep maha nakhon’

Bagaimanapun, pertukaran nama itu telah mendapat kritikan ramai penduduk dan warganet amnya.

 

Bangkok adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand. Mempunyai kepadatan penduduk lebih 8 juta, bandar ini menjadi destinasi pelancongan yang popular di dunia. Nama Bangkok adalah gabungan daripada perkataan ‘Bang’ yang bermaksud ‘sebuah kampung yang terletak di sungai’, dan ‘Ko’ yang bermaksud ‘sebuah pulau’.

 

Sumber: [1]