Bangkok Bakal Buka Pintu Kembali Kepada Pelancong Malaysia Bermula November Ini

Bermula minggu hadapan, empat destinasi pelancongan utama Thailand iaitu Bangkok, Krabi, Phang-Nga dan Phuket bakal diletakkan bawah ‘tourism sandbox areas’ atau ‘zon biru’ yang melibatkan perintah berkurung waktu malam ditarik semula.

bangkok bakal buka pintu kembali kepada pelancong malaysia bermula november ini

Memetik laporan Astro Awani, kebanyakan sekatan ke atas perniagaan dan aktiviti rekreaksi akan ditarik semula sebagai persediaan negara tersebut menyambut kedatangan pelancong lengkap vaksinasi COVID-19 dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah bermula bulan hadapan.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin, pihak CCSA telah memutuskan untuk mengurangkan jumlah ‘zon merah gelap’ daripada 23 kepada tujuh iaitu Chanthaburi, Tak, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla.

"Dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di 'zon merah gelap', perintah berkurung dari 11 malam hingga 3 pagi tetap dilaksanakan," katanya.

Bermula November ini, Thailand akan menyambut kedatangan pelawat lengkap vaksinasi dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah dengan pengecualian kuarantin.

Malaysia turut tergolong antara 46 negara itu.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN