Baju Dan Tote Bag Ni Diperbuat Daripada Duit Betul Dan Dijahit Dengan Tangan!

baju dan tote bag ni diperbuat daripada duit betul dan dijahit dengan tangan!

Sebuah jenama fashion terkemuka telah menghasilkan sesuatu yang unik dan sangat out of the box. Mereka telah menghasilkan pakaian dan juga tote bag yang dijahit dengan not dollar yang sebenar.

Solo Dollars coach jacket dan Shavon Dollars tote bag dicantumkan dengan jahitan tangan sehingga menjadi sehelai pakaian serta bag.

Untuk jacket tersebut terdapat beberapa perincian seperti kolar, poket serta butang. Sementara untuk tote bag pula terdapat perincian seperti set kembar pengendali kulit, tali bahu dan juga terdapat poket di dalamnya.

Nak tahu harga dia berapa?

Berdasarkan website HYPEBEAST, harga untuk jacket tersebut bernilai $3,990 (lebih kurang RM 16,582.44) manakala tote bag pula bernilai $1,295 (lebih kurang RM 5,382.02). Wow, harga dia!

Sumber: HYPEBEAST