Cuba anda lihat pada kawasan ketiak baju anda, ada tak warna kuning? Terutama sekali untuk baju yang berwarna putih dan warna cerah.
Kadang-kadang kesan ni kita tak berapa nak perasan kerana ia berada pada kawasan yang agak terlindung Selalunya kesan ini terjadi disebabkan oleh deodorant. Nak hilangkan warna kuning ni memang agak susah, tapi anda boleh cuba guna petua ini:
- Campurkan cuka dan air suam dengan jumlah yang sekata, kemudian sapukan pada bahagian baju yang kotor dan gosokkan perlahan lahan. Biarkan selama beberapa minit dan cuci seperti biasa
- Sediakan campuran pes baking soda dan air dalam purata 3:1, kemudian gunakan berus gigi untuk berus bahagian yang kuning itu. Setelah dibiarkan beberapa minit dan anda akaan nampak kotoran mula tanggal. Cuci baju seperti biasa.
- Perahkan limau nipis pada bahagian yang terkena deodorant dan biarkan beberapa minit. Kemudian basuh dan bilas dengan sabun mandi.
- Campurkan jus lemon dan air dengan jumlah yang sama banyak. Gosokkan kesan degil. Kalau nak lebih efektif, rendam kan baju selama 10 minit, tapi kalau lagi lama lagi bagus. Lepas dah rendam boleh basuh baju seperti biasa.
Sumber: maskulin