Bahayanya Influenza, Boleh Sebabkan Radang Otak & Keguguran Pada Ibu Mengandung

Seseorang wanita yang hamil akan mengalami perubahan pada sistem imunisasi badan, paru-paru dan juga jantung.

bahayanya influenza, boleh sebab radang otak & keguguran pada ibu mengandung

Hal ini akan menyebabkan golongan ini terdedah kepada penyakit yang serius kesan daripada flu.

Flu atau selesema ketika hamil dianggap sebagai satu situasi yang berbahaya kerana ia berupaya mewujudkan komplikasi kesihatan bukan saja buat ibu mengandung, tetapi juga untuk bayi di dalam kandungan tersebut.

Lebih merisaukan adalah sekiranya wanita hamil itu turut mempunyai penyakit asma atau diabetes yang mana ia akan membuatkan jangkitan flu yang dialaminya menjadi lebih berbahaya.

Antara komplikasi berisiko yang boleh menimpa ibu mengandung sekiranya mengalami flu ketika hamil ialah pneumonia, meningitis,  bronkitis dan kelahiran pramatang serta keguguran.

Walaupun amat jarang berlaku, tetapi wujud risiko yang boleh menyebabkan keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kelahiran bayi pramatang dan bayi lahir dengan saiz yang kecil sekiranya ibu hamil dijangkiti virus ini.

Demikian, buat ibu mengandung yang mempunyai simptom jangkitan flu, dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor pada kadar segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN