Petua Lembutkan Daging Guna Paracetamol? Bahaya, Boleh Jadi Toksik!

Baru-baru ini, tular di media sosial Indonesia menunjukkan tindakan seorang wanita memasukkan ubat paracetamol ke dalam masakan yang katanya adalah petua untuk melembutkan daging dengan mudah.

petua lembutkan daging guna paracetamol? bahaya, boleh jadi toksik!

Menerusi video yang tular, wanita itu dilihat memasukkan sebiji tablet dipercayai adalah paracetamol ke dalam masakan daging, kononnya untuk melembutkan daging yang sedang dimasak.

 

Video itu telah mengundang perhatian beberapa pengamal perubatan yang memberi amaran agar orang ramai tidak menirunya.

 

“Apabila masakan dipanaskan, akan berlakunya proses-proses tertentu yang membuatkan paracetamol menghasilkan toksik atau bahan beracun,” demikian menurut seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Ayman Alatas.

 

Ujarnya lagi, bahan beracun dalam paracetamol boleh memberi kesan panjang yang berbahaya kepada tubuh.

 

@dr.avii_ tidak untuk ditiru Yaa karena BERBAHAYA 😊 Masih banyak cara lain yg bikin daging lebih EMPUK. sumber : Meat tenderization using acetaminophen (paracetamol/APAP): A review on deductive biochemical mechanisms, toxicological implications and strategies for mitigation. May 2023 . diakses di https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC10163616/ #dagingempuk #bahaya #tipsehat #fypp #satubabbersamadokteravi #jagungrebusdahliapoland ♬ suara asli - korbantiktok

 

“Zat beracun akan memberi kesan jangka panjang yang berbahaya untuk tubuh. Justeru, orang ramai dinasihat jangan menggunakan paracetamol dalam masakan. Apatah lagi jika kebiasaan ini dilakukan selama bertahun-tahun,” jelasnya.

 

Tindakan memasukkan paracetamol bagi tujuan melembutkan daging telah dibincangkan juga dalam kertas kajian yang diterbitkan di National Library of Medicine pada Mei 2023.

petua lembutkan daging guna paracetamol? bahaya, boleh jadi toksik!

Sumber: Tiktok / NCBI