Pengetip kuku merupakan sejenis alat yang digunakan untuk memotong kuku. Selalunya, kita lebih selesa untuk berkongsi sahaja alat ini.
Walaubagaimanapun, cara tersebut sangat berbahaya kerana boleh menjadi agen penyebaran penyakit yang merebak melalui darah. Antara penyakit yang boleh merebak melalui darah ialah Hepatitis C (HCV).
Korang mesti tertanya, macam mana pengetip kuku boleh sebarkan masuk darah pula, kan?
Benda ni akan terjadi sekiranya korang terluka, melalui rongga atau bukaan pada kulit yang kecil sehingga mengalirkan darah. Dengan cara ni lah penyebaran penyakit ni boleh terjadi.
Jadi, mulai sekarang jadikan pengetip kuku sebagai alatan peribadi. Jangan dikongsi dengan sesiapa pun!
Sumber: Siakap Keli