Bahaya Hand Sanitizer Dengan Api, Wanita Terbakar 18 Peratus

bahaya hand sanitizer dengan api, wanita terbakar 18 peratus

Hand sanitizer sekarang ni dah menjadi benda asas dalam kehidupan. Setiap masa, kalau boleh nak apply hand sanitizer pada tangan kan?

Bagaimanapun, korang semua harus berhati-hati sebab hand sanitizer merupakan bahan yang mudah terbakar kerana mengandungi alcohol. Perkara ini berlaku pada seorang ibu tunggal di Texas.

Menurut tabloid People, wanita bernama Kate Wise baru sahaja menidurkan tiga orang anaknya. Kemudian, dia membersihkan tangannya dengan hand sanitizer. Selepas itu, Kate menyalakan lilin.

Malang tidak berbau apabila api pada lilin telah menangkap hand sanitizer pada tangannya. Akibatnya, api mula merebak pada kawasan lain. Laporan tabloid itu juga menyatakan wanita itu terbakar 18 peratus.

“Ia hanya perkara sekecil menyalakan lilin. Kerana ada hand sanitizer, hampir keseluruhan badan saya disambar api.” Katanya.

Jadi, kepada korang semua make sure elakkan bermain dengan api sekiranya dah pakai hand sanitizer, ok?

Sumber: PEOPLE