
Apalah manusia sekarang. Ramai yang sudah hilang perikemanusiaan.
Perkara ini dikatakan berlaku di Kenya di mana masalah pembunuhan bayi mencatat rekod agak tinggi. Alasannya, negara tersebut telah mengharamkan pengguguran dan menyebabkan kaum ibu yang terdesak terpaksa mencari alternative lain.
Berdasarkan laporan daripada gerakan hak asasi manusia, ibu di Kenya sanggup memberi anak yang baru lahir minum minuman berkarbonat dengan objektif untuk membunuh bayi itu secepat mungkin.
Lebih kejam, ada yang sanggup memberi minum bir halia untuk membunuh anak kecil. Dikatakan antara faktor mereka melakukan perkara tersebut kerana masih belum bersedia untuk mempunyi sebuah keluarga. Bukan tu je, mereka juga membuang bayi di kawasan sungai dan lain-lain tempat.
“Anda boleh bayangkan bagaimana keadaan bayi tersebut apabila mereka diberi minum Coca-Cola dan bukannya susu badan. Anak-anak kecil tersebut tidak akan mampu hidup lebih dari tiga hari,” katanya lagi.
Awal Februari lalu, aktivis Vincent telah mendedahkan pusat komuniti di sana telah menerima satu laporan tentang seorang wanita memberi bir halia kepada bayinya yang baru sahaja lahir.
Pekerja pengutp sampah, Wilson Cheptoo pula mendedahkan, sepanjang kariernya dia telah menjumpai lebih kurang 15 bayi di tempat pembuangan sampah.
Sumber: I Am Lejen