Bacaan Suhu Paling Tepat Adalah Di Dahi Bukan Di Tangan

Dalam keadaan pandemik Covid-19 ni, mengimbas suhu badan sebelum masuk kemana-mana premis dah jadi satu kewajipan. Namun apa yang membimbangkan, ada pihak yang mengimbas suhu menggunakan bahagian lain tubuh badan seperti di tangan. Hati-hati ye, takut nanti tak pasal-pasal Covid-19 ni merebak.

bacaan suhu paling tepat adalah di dahi bukan di tangan

Tahukah anda, bahagian lain tubuh badan untuk mengimbas suhu tidak disyorkan kerana bacaan suhu itu tidak tepat.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, bacaan suhu paling tepat adalah bila pengimbas suhu diletakkan pada bahagian dahi.

Walaupun wujud kebimbangan akan kekerapan menggunakan alat pengimbas suhu mungkin menimbulkan penyakit lain, namum buat masa tiada bukti sanstifik yang boleh mengaitkan dengan dakwaan tersebut.

Jadi buat masa ni, cara paling tepat untuk mengimbas suhu badan adalah di dahi.