Ayam Tengah Sembelit Punca Lelaki Langgar Perintah Lockdown

Ketika ini, banyak negara sedang melaksanakan perintah berkurung atau lockdown bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

ayam tengah sembelit punca lelaki langgar perintah lockdown

Antara negara yang sedang melaksanakan perintah berkurung ini adalah negara India, dimana hanya mereka yang ada urusan penting sahaja dibenarkan untuk keluar.

 

Namun seorang lelaki di negara itu telah ditahan baru-baru ini kerana melanggar perintah lockdown yang sedang dikuatkuasakan.

ayam tengah sembelit punca lelaki langgar perintah lockdown

Lelaki yang ditahan di bandar Gadag Karnataka itu bagaimanapun dengan selamba memberi alasan mahu ke klinik haiwan kerana ayam miliknya mengalami masalah sembelit dan perlukan rawatan.

 

Polis yang menahan lelaki itu tidak dapat menerima alasan terbabit, lalu bertindak menghantarnya pulang ke rumah.

 

Sumber: India.com

ARTIKEL BERKAITAN