Awasi Anak-Anak Daripada Ketagihan Internet!

Kita sekarang ni hidup dalam dunia siber yang mana semuanya di hujung jari.

Lapar? Order online.

Nak beli baju? Shopping online.

awasi anak-anak daripada ketagihan internet!

Takde kereta nak pegi mana-mana? Tempah e-hailing. Online jugak.

Nak tengok movie? Beribu-ribu filem boleh dimuat turun. Online lagi!

Banyak manfaat atau keistimewaan yang kita dapat dalam dunia teknologi ni.

Tapi ingat, kalau disalah guna, mudarat yang menanti.

Contohnya, kajian Cyber Security Malaysia mendapati golongan muda kini berdepan risiko keselamatan siber!

Puncanya, ketagihan internet dan kawalan ibu bapa yang kurang berkesan.

awasi anak-anak daripada ketagihan internet!

Malaysia pun antara negara yang tinggi kadar ketagihan internet tau!

Mulai hari ini, tolong pantau orang di sekeliling terutamanya kanak-kanak dan remaja supaya mereka tak terjebak dengan ketagihan internet ni.

Antara tanda-tanda ketagih internet adalah tidur lewat, lebih suka main telefon pintar daripada main dengan kawan-kawan dan marah apabila dilarang guna telefon pintar.

awasi anak-anak daripada ketagihan internet!

Bukan tak boleh guna, tapi hadkan masa, kawal kandungan yang mereka tengok dan jangan lepas tangan bila dah bagi telefon pintar kepada mereka.

Ingat, ketagihan internet ni bukan untuk kanak-kanak je, golongan dewasa pun kena berhati-hati juga.

Gunakan internet dengan sebaiknya, okay!

 

Oleh: Izzati Amir