Awas Taktik Jual Vaksin Palsu Di Internet, Cecah RM4,138 Satu Dos!

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menjual vaksin dan kad vaksin palsu COVID-19 di Internet.

awas taktik jual vaksin palsu di internet, cecah rm4,138 satu dos!

Aktiviti penjualan kedua-dua item ini juga ditawarkan pada harga murah dan boleh didapati menerusi laman sesawang gelap ataupun dark web.

 

Menurut penyelidik di firma keselamatan siber, Check Point Software berkata, pelbagai jenama vaksin COVID-19 seperti AstraZeneca dan Johnson & Johnson, yang dijual pada harga AS$1,000 (RM4,138) untuk satu dos.

awas taktik jual vaksin palsu di internet, cecah rm4,138 satu dos!

Malah, sekurang-kurangnya 20 sijil palsu vaksin COVID-19 turut dijual atas talian dengan setiap satunya mencecah AS$200 (kira-kira RM827).

 

Lazimnya, dark web digunakan oleh penjenayah siber untuk tujual membeli dan menjual bahan terlarang.

 

Menurut jurucakap Check Point, aktiviti penjualan bahan palsu itu meningkat hingga 300 peratus dalam tiga bulan terakhir ini, disebabkan ada pemintaan tinggi daripada orang ramai.

 

Turut dikesan dijual secara berleluasa di pasaran gelap adalah keputusan ujian negatif Covid-19 yang dijual pada harga AS$25 (RM103).

 

Perlu diingatkan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada rakyat dan mereka yang menetap di Malaysia adalah percuma dan perlu melalui proses pendaftaran sebelum seseorang itu layak diberikan suntikan vaksin COVID-19.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN