Awas Link Palsu Konon Berjaya Terima Bantuan “MyKasih Sumbangan Asas Rahmah”

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan penyebaran pautan palsu khususnya di aplikasi Telegram berkaitan “MyKasih Sumbangan Asas Rahmah”.

awas link palsu konon berjaya terima bantuan “mykasih sumbangan asas rahmah”

Menerusi perkongsian MyCERT, terdapat penyebaran pautan phishing di media sosial menyatakan penawaran MyKasih Sumbangan Asas Rahmah, khususnya di Telegram.

 

Pengguna yang klik pada pautan palsu itu juga berpotensi untuk hilang akses kepada akaun Telegram mereka, selain maklumat peribadi juga boleh disalahguna pihak tidak bertanggungjawab.

 

Menerusi tangkap layar MyCERT, pengguna yang meneruma pautan itu pada mulanya akan diminta untuk klik dan membuat pendaftaran pada link palsu tersebut.

awas link palsu konon berjaya terima bantuan “mykasih sumbangan asas rahmah”

Kemudian pengguna dibawa kepada sebuah laman palsu, yang meminta pengguna memasukkan nombor telefon. Satu kod OTP dihantar ke nombor Telegram dan meminta pengguna memasukkan OTP yang diterima pada laman berkenaan.

awas link palsu konon berjaya terima bantuan “mykasih sumbangan asas rahmah”

Diakhir sekali, pengguna yang tertipu akan mendapat mesej menyatakan kononnya mereka layak menerima bantuan “MyKasih” berkenaan, tetapi sebaliknya pengguna akan hilang akses kepada akaun Telegram mereka.

awas link palsu konon berjaya terima bantuan “mykasih sumbangan asas rahmah”

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk tidak klik pada pautan yang dikongsikan dan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

 

Kredit: MyCERT