Awas Kucing Minum Air Berlebihan Mungkin Berpenyakit

Buat pencinta kucing, sekiranya kucing peliharaan anda meminum air dalam kuantiti yang banyak, pastinya anda akan mengingat bahawa mereka sebenarnya terlalu dahaga kan?

Tapi tahukah anda bahawa terdapat kebarangkalian ia merupakan simptom yang memberi petunjuk bahawa haiwan kesayangan anda itu mungkin punya penyakit?

Sekiranya anda menyedari bahawa kucing anda minum air lebih banyak daripada kebiasaan, ia menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena.

Pengambilan air yang berlebihan dikenali sebagai polydipsia.

awas kucing minum air berlebihan mungkin berpenyakit

Punca terjadinya polydipsia adalah disebabkan:

  1. Buah pinggang yang tidak berfungsi
  2. Penyakit hati (Hepatik)
  3. Hipertirodisme (Tiroid yang terlalu aktif)
  4. Penyakit saluran kencing
  5. Pengambilan air meningkat secara gantian, terjadi selepas muntah atau cirit-birit

awas kucing minum air berlebihan mungkin berpenyakit

Kalau anda perasan kucing anda kerap meminum air secara berlebihan, anda dinasihatkan untuk memantau pengambilan air haiwan peliharaan anda itu dalam tempoh 24 jam.

Caranya adalah dengan mengisi penuh mangkuk air kucing anda hingga penuh, kemudian mengukur kuantiti air yang tersisa selepas tempoh 24 jam.

Namun, ia mungkin sedikit sukar digunakan buat mereka yang mempunyai lebih daripada seekor kucing peliharaan di rumah.

Polydipsia ditakrifkan sebagai kucing yang meminum lebih daripada 100ml per kg berat badan mereka setiap hari.

Sekiranya anda mendapati bahawa kucing anda meminum lebih daripada jumlah yang sepatutnya, anda dinasihatkan untuk membawa ia berjumpa dengan doktor haiwan.

Kebiasaannya, doktor haiwan akan mengambil sampel darah air kencing untuk menentukan penyebabnya.

Setelah menjumpai punca polidipsia tersebut, mereka seterusnya akan menjalankan rawatan yang sesuai pada kucing itu.

 

Sumber: [1]