Meta yang sebelum ini dikenali sebagai Facebook, telah memperkenalkan avatar, iaitu ilustrasi grafik peribadi yang mewakili pengguna komputer pada satu tahap yang lebih realistik.
Pengguna boleh menukar bentuk wajah seperti rambut, misai, janggut dan juga aksesori tambahan seperti cermin mata pada avatar masing-masing.
Idea untuk menghasilkan avatar realistik ini juga selari dengan misi Meta untuk mencipta ruang digital yang lebih sempurna dimana pengguna dimasa akan datang tidak lagi perlu berhadapan dengan individu tertentu untuk mesyuarat atau berbincang, cukup sekadar duduk dihadapan komputer dan berinteraksi secara maya. Dunia itu nanti akan disebut sebagai metaverse.
Watak avatar pengguna ini boleh dikawal menggunakan kanta virtual dan pengguna secara realitinya akan hidup dalam alam maya.
Ciptaan avatar yang nampak sungguh realistik ini telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu dan rata-rata menyatakan rasa teruja serta bimbang akan salah guna penggunaan avatar ini nanti.
Dalam pembentangan yang dilakukan Mark Zurkerberg pada Khamis, beliau turut menunjukkan bagaimana dua individu yang berada di tempat berbeza, boleh bermain permainan tenis dan chess sesama mereka dalam keadaan fizikal, meskipun ia adalah maya.
Teknologi yang masih diperingkat pembangunan itu pasti akan mengubah cara manusia bekerja dan berinteraksi di masa akan datang. Sama-sama kita nantikan perkembangannya nanti.
Sumber: [1]