Asyik Bercuti Kawasan Pantai Je, Try Suasana Sawah Di Langkawi

asyik bercuti kawasan pantai je, try suasana sawah di langkawi

Langkawi memang terkenal dengan pemandangan laut yang cantik, air yang biru dan pantai yang putih bersih. Tidak dinafikan motif utama pengunjung yang datang ke Langkawi adalah kerana pantai dan laut yang cantik.

Korang tahu tak, Langkawi bukan saja memiliki pemandangan laut yang menarik tetapi juga korang boleh merasai suasana percutian di tengah tengah sawah pagi dengan style ala-ala kampung. Kalau nak merasa suasana yang berbeza dari bandar atau ibu kota Kuala Lumpur. Korang boleh menginap di Tanabendang Banglos Langkawi.

Lokasi Tanabendang Banglos ini sangat strategic kerana ia hanya terletak lebih kurang 5 minit je dari Pantai Cenang. So kalau korang nak ke Pantai Cenang untuk lepak pun dekat je. Rumah kampung ini dibina berkonsepkan klasik ala-ala kampung dan yang paling menarik kalau korang bagun pagi, bukak tingkap dan pintu rumah terus boleh menikmati pemandangan sawah hijau yang cukup menenangkan.

Rumah banglo style kampung ini tersergam indah meskipun lokasinya dikelilingi oleh alam semula jadi. Memang seronok kalau dapat hirup udara segar yang membuatkan kita rasa rindu dengan suasana macam ini.

Bukan saja nampak cantik diluar tetapi hiasan dalamannya juga memang unik dan menarik. Rumah disini mempunyai bilik air peribadi serta dilengkapi dengan bathtub. Memang ‘a different level of’ rumah kampung! Kolam renang juga disediakan bersebelahan dengan bilik penginapan.So pada lagi guys! Asyik view pantai je kalau bercuti ke Langkawai, why not this time korang try pula suasana kampung di sawah.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah

ARTIKEL BERKAITAN