Ahli astronomi menjangkakan mereka telah menemui satu lagi satelit semulajadi yang turut mengelilingi bumi iaitu bulan.
Bagaimanapun, penemuan yang jarang terjadi ini adalah disebabkan size mini bulan yang terlalu kecil dan sangat susah untuk dikesan.
Seorang pakar pengakji astronomi untuk NASA dan University Arizona, Kacper Wierzchos telah mengumumkan penemuan terbaru akan objek seperti bulan. Dikatakan diameter objek tersebut berukuran di antara 1.9 meter ke 3.5 meter.
Kandungan permukaan objek tersebut juga dikatakan mempunyai jenis kecerahan seperti asteroid yang mengandungi karbon yang tinggi. Namun, Wierzchos menyatakan bulan mini tersebut telah diperangkap oleh gravity bumi selama tiga tahun yang lalu dan berkemungkinan besar ia akan hilang pada April 2020.
Ini bukanlah kali pertama pengkaji dan ahli astronomi menemui bulan mini kerana sebelum ini mereka telah pun menemui sekurangnya satu minimoon. Dikatakan saiz bulan kecil itu aialah berkelebaran tiga kaki (0.9 meter) dan dikenali sebagai 2006 RH120. Bulan kecil itu dikatakan tellah mengelilingi bumi selama 18 bulan pada tahun 2006 dan 2007.
Sumber: LiveScience.com