Acara 'BAFTA Television Awards with P&O Cruises' adalah sebuah acara anugerah televisyen tahunan yang diadakan oleh British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) untuk mengiktiraf kecemerlangan penyiaran dan penerbitan televisyen Britania Raya. Anugerah tersebut akan dianugerahkan kepada para pelakon, pengarah, penulis, dan penerbit terbaik dalam industri televisyen di seluruh UK.
Menariknya, Astro akan menyiarkan secara langsung 'BAFTA Television Awards with P&O Cruises' pada 15 Mei ini jam 2 pagi di saluran PRIMEtime (Saluran 704) dan Astro GO. Pelanggan Astro juga boleh menonton siaran ulangan pada hari yang sama jam 9 pagi dan 9 malam di saluran yang sama atau menerusi Astro GO.
Acara ini akan dihoskan oleh Rob Beckett dan Romesh Ranganathan yang terkenal sebagai pelawak dan pengacara secara langsung dari Royal Festival Hall, London.
Terdapat lebih daripada 20 pemenang yang akan dianugerahkan termasuk kategori Leading Actor, Leading Actress, Comedy Entertainment Programme, dan banyak lagi.
Selain daripada itu, pelanggan Astro juga boleh menikmati pelbagai program terhebat dalam pencalonan seperti:
o The Responder (6 pencalonan), Am I Being Unreasonable? (4 pencalonan), Sherwood (3 pencalonan), The Outlaws, Ghosts and The Tourist (1 pencalonan setiap satu) di On Demand dan Astro GO.
o Dahmer - Monster: The Jeffrey Dahmer Story (1 pencalonan), Wednesday (1 pencalonan), Peaky Blinders (1 pencalonan), The Crown (2 pencalonan), Derry Girls (2 pencalonan), The House (1 pencalonan), Top Boy (2 pencalonan), dan lebih lagi tersedia di Netflix menerusi Ultra Box.
o The Bear, Oussekine, What We Do In The Shadow and Andor (1 pencalonan setiap satu) di Disney+ Hotstar menerusi Ultra Box.
Jangan lepaskan peluang ini dan kunjungi content.astro.com.my untuk maklumat lanjut.