Kajian Gfk Radio Audience Measurement (RAM) Wave 1, 2022 melaporkan satu ketinggian baru untuk radio di Malaysia dengan jumlah pendengar mencapai hampir 96 peratus individu di Semenanjung Malaysia, setara dengan 21.3 juta pendengar radio mingguan.
Berikutan itu, dilaporkan bahawa terdapat peningkatan ketara dalam kalangan jumlah pendengar iaitu sebanyak 217,000 berbanding kajian terdahulu.
Dari jumlah itu, Astro Radio berjaya meningkatkan bahagian pasarannya kepada 16.4 juta pendengar mingguan atau 77.1 peratus dari 21.3 juta jumlah pendengar radio terkini sekaligus mengukuhkan kepimpinannya sebagai rangkaian radio dengan jumlah pendengar tertinggi di dalam negara.
Peningkatan tersebut disokong oleh 16.6 juta purata penstriman radio digital, 25.7 juta pengikut media sosial, 359.6 juta tontonan video dan 146.1 juta jangkauan halaman Facebook bulanan.
Jenama-jenama Astro Radio juga terus mendahului dengan kedudukan nombor satu bagi semua bahasa termasuk ERA; jenama Melayu No.1, HITZ, jenama Inggeris No.1; MY, jenama Cina No.1; dan RAAGA, jenama Tamil No. 1.
Astro Radio mencatatkan capaian 71.9 peratus pendengar Melayu, 87.6 peratus Inggeris, 71.1 peratus pendengar Cina dan 93.6 peratus pendengar Tamil.
-
ERA, jenama radio No. 1 Malaysia, meningkatkan jangkauan mingguannya kepada 5.8 juta, dan terus mencapai jangkauan tertinggi untuk radio di Malaysia di kalangan pendengar muda Melayu berusia antara 10 hingga 29 tahun, dengan 2.9 juta pendengar. Segmen Pagi kekal No. 1 dengan 2.7 juta pendengar. ERA juga mencapai Pendengar Eksklusif Tertinggi di kalangan jenama-jenama radio dengan 866,000.
-
SINAR, kekal menjadi jenama radio kedua yang paling didengari secara keseluruhan dan merupakan jenama radio berbahasa Melayu No. 2 di Malaysia, dengan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 5.2 juta pendengar mingguan.
-
GEGAR, jenama radio Malaysia No. 1 di Pantai Timur meningkatkan jangkauan kepada 2.6 juta pendengar mingguan, yang terdiri daripada lebih kurang 35 peratus dari Kelantan, 22 peratus dari Pahang, 26 peratus dari Terengganu dan 16 peratus dari Pantai Barat.
-
ZAYAN mencatatkan 340,000 pendengar mingguan dengan Segmen Petang yang meningkat kepada 185,000, selain Segmen Pagi mengumpulkan 153,000 pendengar.
-
Dengan 2.6 juta pendengar mingguan, HITZ juga mencapai ‘Pendengar Eksklusif’ tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 257,000 pendengar, segmen Pagi Tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 1.2 juta pendengar dan segmen Petang Tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 1.3 juta pendengar. HITZ juga mencatatkan peningkatan ‘Time Spent Listening’ kepada 5 jam dan 24 minit.
-
MIX mencatatkan 1.2 juta pendengar mingguan, dengan Segmen Pagi meningkat kepada 542,000, manakala segmen Petang merekodkan 489,000 pendengar. MIX mencatatkan peningkatan lebih 40 peratus untuk ‘Pendengar Setianya’ kepada 108,000.
-
LITE mencatatkan 771,000 pendengar mingguan dengan segmen Pagi dan segmen Petang keduanya menerima 368,000 dan 374,000 pendengar.
-
Pendengar mingguan di MY meningkat kepada 300,000, bersamaan 2.8 juta pendengar di mana Segmen Pagi dan Segmen Petang keduanya mencapai jumlah pendengar tertinggi untuk jenama radio Cina dengan 1.8 juta dan 1.6 juta pendengar.
-
RAAGA, jenama radio Tamil No. 1 di Malaysia meningkatkan pendengar mingguannya kepada 1.8 juta. Peningkatan ini juga berdasarkan Segmen Pagi dengan peningkatan tinggi sebanyak 1.1 juta pendengar, dan peningkatan lebih dari 260,000 untuk Segmen Petang, bersamaan 1.2 juta pendengar. RAAGA juga mencatatkan peningkatan dalam ‘Pendengar Setia’ dari 131,000 kepada 753,000.
Kajian ini dilakukan selama enam minggu dengan gabungan buku harian radio tradisional (75 peratus) dan e-diari (25 peratus) diedarkan kepada 6,000 individu unik di serata Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan tabiat mendengar mereka.
Sebanyak 21 jenama radio komersial mengikuti kajian ini yang mana Astro Radio memperoleh enam kedudukan dari 10 kedudukan jenama teratas.