Astro Radio Menyiarkan Lebih RM116.4 Juta Dalam Masa Siaran Udara Untuk Membantu Jenama Tempatan

Dalam usaha menghulur tangan buat mereka yang memerlukan, khususnya perniagaan tempatan yang terjejas berikutan pandemik yang melanda, Astro Radio dengan kerjasama Digi telah melancarkan ‘KamiCare MBiz’.

Menerusi kempen tersebut, perniagaan yang memenuhi syarat akan diberi masa siaran udara percuma bagi membantu meningkatkan kadar jangkauan dan hala trafik kepada jenama-jenama mereka.

astro radio menyiarkan lebih rm116.4 juta dalam masa siaran udara untuk membantu jenama tempatan

Dalam tempoh tujuh bulan kempen ini dijalankan, ia telah berjaya membantu lebih 3030 perniagaan tempatan menerusi siaran di udara yang berjumlah RM166.4 juta.

Kenny Ong selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio berkata: “Kami terus komited untuk membantu komuniti dan jenama-jenama tempatan melalui ‘KamiCare MBiz’. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Digi, yang berkongsi visi kami untuk menghulurkan bantukan kepada pengusaha mikro dan perniagaan kecil. Kami menerima sambutan yang luar biasa sejak ‘KamiCare MBiz’ dilancarkan dengan 7,700 penyertaan menerusi kesemua platform kami. Kami teruja untuk mengumumkan bahawa durasi kempen ini akan diteruskan agar lebih ramai peniaga menerima peluang untuk mempromosi perniagaan mereka diudara kepada 17 juta pendengar kami, dan juga di platform media sosial kepada 23 juta pengikut kami.”

Sejak ‘KamiCare MBiz’ dilancarkan pada Disember 2020, jenama-jenama Astro telah menerima penyertaan daripada pelbagai peniagaan dari serata Malaysia dan antaranya termasuklah tukang masak dari rumah, restoran dan kafe, kedai bunga, pasukan pengurusan acara, tukang jahit dan banyak lagi.

Dari penyertaan yang diterima, perniagaan terpilih akan menerima sekurang-kurangnya 25 sebutan dalam tempoh satu minggu menerusi pengumuman 30 saat di udara.

Sebagai tambahan, kesemua perniagaan ini akan turut dipromosikan di laman media sosial jenama-jenama Astro Radio bagi mendapatkan penglibatan dan jangkauan yang lebih tinggi.

Selain itu, beberapa perniagaan terpilih juga akan menerima sebutan tambahan melalui strim Facebook Live, termasuk peniaga makanan seperti “24 Seven FNN” dan “Little Boss” yang menerima pesanan penjualan tambahan dari inisiatif ini.

Para peniaga dan pendengar boleh terus menghantar permohonan menerusi aplikasi SYOK, dan menerusi jenama-jenama Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, HITZ, MIX, LITE, MY, MELODY, GOXUAN, dan RAAGA

ARTIKEL BERKAITAN