Kajian Gfk Radio Listenership 2022 di Malaysia Timur melaporkan sebanyak 92.3 peratus populasi pendengar di Kuching dan Kota Kinabalu.
Dari ini, Astro Radio mencapai bahagian pasarannya sebanyak 74.1 peratus atau 668,000 pendengar mingguan dan mengukuhkan kepimpinannya sebagai rangkaian radio dengan jumlah pendengar tertinggi di Semenanjung Malaysia.
Jenama-jenama Astro Radio di Malaysia Timur terus mendahului dengan kedudukan No. 1 di kesemua bahasa dengan 73 peratus atau 400,000 jumlah pendengar mingguan di Kuching, dan sebanyak 75.9 peatus atau 268,000 pendengar mingguan di Kota Kinabalu.
ERA, jenama radio Melayu No. 1 mencapai lebih 279,400 pendengar mingguan; HITZ, jenama radio Melayu No. 1 mencapai lebih 276,000 pendengar mingguan, dan MY, jenama radio Cina No. 1 melihat lebih daripada 145,300 pendengar mingguan.
Di Kota Kinabalu:
-
ERA merupakan jenama radio Melayu No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas dengan lebih 136,700 pendengar mingguan. Segmen Pagi dan Segmen Petang merekodkan lebih daripada 97,900 dan 70,400 pendengar mingguan masing-masing. Jenama ini juga mencapai ‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience) tertinggi dikalangan jenama radio Melayu dengan 11,588 pendengar mingguan. ERA juga merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time SpentListening) sebanyak 6 jam 50 minit.
-
HITZ, sebagai jenama radio Inggeris No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas, mencapai lebih daripada 112,000 pendengar mingguan dan mencatatkan lebih daripada 70,400 dan 60,600 pendengar mingguan masing-masing untuk Segmen Pagi dan Segmen Petang. HITZ mengumpulkan lebih daripada 9,600 jumlah ‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience) dan merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) sebanyak 6 jam 11 minit.
-
MY, jenama radio Cina No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas, dengan lebih daripada 30,800 pendengar mingguan. Segmen Pagi dan Segmen Petang masing-masing mencapai 22,052 dan 18,281. MY juga mengumpulkan ‘Pendengar Setia’ lebih daripada 10,300 dan merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) sebanyak 10 jam 32 minit.
Di Kuching:
-
ERA mencapai lebih daripada 142,600 pendengar mingguan, sebagai jenama radio Melayu No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas di bandar ini. Segmen Pagi dan Segmen Petang masing-masing merekodkan 97,513 dan 88,205 pendengar mingguan. ERA mencatatkan 8 jam 5 minit bagi ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) dan mencapai‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience) lebih daripada 27,000.
-
HITZ, sebagai jenama radio Inggeris No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas, mencapai lebih daripada 164,000 pendengar mingguan, dengan 115,303 dan 89,729 pendengar mingguan di Segmen Pagi dan Segmen Petang masing-masing. Dengan 20,780 ‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience), HITZ merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) sebanyak 6 jam 18 minit.
-
MY, jenama radio Cina No. 1 dikalangan pendengar berumur 10 tahun ke atas merekodkan 114,475 pendengar mingguan. Segmen Pagi dan Segmen Petang mencapai 77,274 dan 58,478 pendengar masing-masing. MY merekodkan ‘Masa Mendengar’ (Time Spent Listening) sebanyak 6 jam 9 minit dan mengumpulkan ‘Pendengar Setia’ (Exclusive Audience) sebanyak 26,892.
Kajian dilakukan selama 2 minggu dengan gabungan buku harian radio tradisional dan e-diari diedarkan kepada 1,080 individu unik di Kota Kinabalu dan Kuching untuk mendapatkan tabiat mendengar mereka.
Data source: GfK Radio Listenership Survey 2022 (Kota Kinabalu and Kuching)