Astro Radio Edar Face Mask Dan Hand Sanitiser Percuma

Wabak Koronavirus kini dikenali dengan nama iaitu Covid-2019. Nama rasmi itu diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO,nama itu diberi berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO). 

Tambahnya, nama itu juga tidak merujuk kepada lokasi geografi tertentu haiwan atau mana-mana kumpulan budaya. Nama itu juga mudah untuk disebut. Dengan adanya nama rasmi adalah penting bagi mengelakkan penggunaan nama lain dan timbulnya stigma.Ia juga memberi format standard untuk digunakan pada masa akan datang.

Setakat ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 1,112 nyawa dengan 44,793 orang dilaporkan terjejas dan 4,463 lagi telah pulih.

astro radio edar face mask dan hand sanitiser percuma

Tedros juga menyarankan, agar seluruh dunia terus melakukan langkah-langkah pencegahan wabak ini.

Sehubungan itu, Astro Radio dengan kerjasama Prudential telah mengambil inisiatif dengan memberikan 2,200 pek perlindungan kepada orang ramai disekitar Lembah Klang.

astro radio edar face mask dan hand sanitiser percuma

Pengagihan pek ini bermula 10 hingga 20 Februari dan lokasi pengagihan seterusnya adalah seperti berikut:

Tarikh

Masa

Lokasi

 10th Februari

8am – 9am

Pasar Borong Seri Kembangan

1pm – 2pm

Petronas Taman Rakan, Cheras

11th Februari

8am – 9am

LRT Sri Rampai

1pm – 2pm

Giant Setapak

12th Februari

8am – 9am

LRT Wangsa Maju

1pm – 2pm

Pusat Penjaja DBKL, Jalan   Jejaka Taman Maluri

 13th Februari

8am – 9am

Petronas Penjaja DBKL, Jalan   Jejaka Taman Maluri

1pm – 2pm

Kasturi Walk Central Market

14th Februari

8am – 9am

Shell Sri Serdang

2pm – 3pm

Masjid Sri Serdang

*Lokasi seterusnya akan dikemaskini.

Pek juga hanya terhad kepada 50 yang terawal disetiap lokasi.