Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64, Astro mengumumkan tema #KitaTeguhBersama bagi mendasari kempen anjurannya.
Sebagai tanda penghargaan khusus buat pelanggan yang terus setia bersama, Astro telah melancarkan ‘Astro 25’ di saluran 100 yang menyajikan pelbagai program hiburan istimewa tempatan dan serantau yang tersedia dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro Go.
Antara seleksi menarik yang boleh dinikmati para pelanggan dari kaca televisyen rumah masing-masing menerusi saluran terbabit termasuklah filem-filem terhebat tanah air yang telah merekodkan kejayaan pecah panggung seperti Hantu Kak Limah Ola Bola, Paskal, Polis Evo dan The Journey.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, “Ini merupakan Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang teramat istimewa buat kami, dan tema yang diangkat pula, #KitaTeguhBersama membawa maksud kita adalah lebih kuat dan baik bersama. Ia mencerminkan segala nilai yang kita nampak di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kita kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar ini.”
Antara inisiatif yang telah dilaksanakan Astro seiring dengan semangat #KitaTeguhBersama termasuklah:
- Membantu dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menderma darah bersama Pusat Darah Negara
- Menyokong kempen imunisasi kebangsaan dengan memperbanyakkan pengumuman khidmat masyarakat atau PSA, menjadi sukarelawan di pusat-pusat PPV dan menyediakan perkhidmatan Astro dan TV di pusat-pusat kuarantin seluruh negara
- Membantu golongan yang memerlukan menerusi program komuniti ‘KamiCare’
- Membantu golongan SME menerusi kempen ‘KamiCare MBiz’
- Menyumbang peralatan perubatan di hospital dan komputer riba kepada para pelajar dari kelompok B40
- Terus menyampaikan informasi-informasi terkini, menghiburkan dan mengangkat semula semangat di kalangan rakyat Malaysia dengan sajian kandungan di saluran-saluran komplimentari sepanjang PKP, dengan seleksi drama tanpa henti, program-program ‘signature’ terkini, dan siri-siri original premium
- Memperbanyakkan kandungan berbentuk akademik bagi membantu kanak-kanak belajar dari rumah
- Menyatupadukan rakyat Malaysia dengan memberi sokongan kepada barisan atlet di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Dalam pada itu, Astro Radio bakal turut sama membawakan sajian istimewa, yang mana antaranya termasuklah 25 pilihan terhebat, 25 lagu tempatan popular dan banyak lagi menerusi aplikasi SYOK dan merentasi kesemua stesen radio naungannya.
Tidak ketinggalan, RAAGA juga akan mengadakan konsert maya yang berdurasi selama 90 minit, yang bakal disertai barisan selebriti tempatan, di platform Facebook bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan sambutan ulang tahun ke-25 Astro dan sajian-sajian menarik yang menanti anda, serta informasi berkaitan kempen #KitaTeguhBersama, orang ramai boleh layari www.astro.com.my/bettertogether.