Berikutan bencana banjir yang kini melanda sehingga menyebabkan ribuan orang terjejas dan kehilangan tempat berteduh mereka, Astro menerusi Yayasan Astro Kasih, atas dasar prihatin telah menyumbang sebanyak RM200,000 bagi membantu meringankan beban tersebut.
Yayasan Astro Kasih selaku yayasan amal di bawah Astro Malaysia, telah menyumbang sebanyak RM40,000 setiap satu kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (NADMA) dan Tabung Kemanusiaan MERCY Malaysia.
Turut tidak ketinggalan, Astro juga turut memanjangkan lagi bantuan tambahan sebanyak RM120,000 melalui konsert Kongsi Kasih Gegar Vaganza Astro yang mana setiap peserta bakal mewakili produksi bagi menyampaikan sumbangan kepada NGO terpilih.
Dengan adanya sumbangan tersebut, Astro berhasrat dapat membantu meringankan beban mereka yang terlibat dalam banjir ini.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Tabung Bantuan Bencana Negara ke akaun Bank Muamalat 1601-0001138-71-4 atau melalui MERCY Malaysia Flood Relief ke akaun Maybank 5621-7950-4126 dan CIMB 8000-7929-08.