Astro dan Saluran ONE Rai Ulang Tahun Running Man Ke-13, Ada Hadiah Istimewa Menanti!

ONE, destinasi utama untuk hiburan Korea, dan syarikat peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, Astro, teruja untuk meraikan sambutan ulang tahun program pelbagai dan popular, Running Man.

astro dan saluran one rai ulang tahun running man ke-13, ada hadiah istimewa menanti!

Untuk meraikan sambutan ini, ONE dan Astro akan melancarkan kempen dalam talian dari 10 hingga 30 Julai, di mana pelanggan Astro berpeluang untuk mengambil bahagian dan memenangi hadiah menarik termasuk TV pintar LG 65’ inci, telefon pintar Samsung 256GB dan beg galas Running Man edisi terhad.

 

Untuk sertai “ONEderful Celebration 13 Years of Running Man - Watch & Win Giveaway”, pelanggan Astro perlu strim 30 episod teratas Running Man menerusi rel (rail) istimewa ‘Running Man All-Stars’ di On Demand atau Astro GO. Dalam mengimbau kembali kenangan dari program permainan hiburan kegemaran yang popular ini, pemenang akan disenarai pendek berdasarkan jumlah masa mereka menstrim episod-episod Running Man sepanjang tempoh peraduan.

astro dan saluran one rai ulang tahun running man ke-13, ada hadiah istimewa menanti!

Untuk maklumat lanjut, layari: https://promotions.astro.com.my/details/RunningManAllStars

 

Untuk info, Running Man telah memikat hati jutaan peminat di seluruh dunia dengan gabungan jenaka unik, kerja berpasukan dan cabaran mendebarkan bersama tetamu selebriti dari seluruh dunia. Running Man akan terus bersiaran dengan episod baharu dari Korea Selatan setiap minggu, di saluran ONE (saluran 393), pada Jumaat, jam 10.30 malam atau strim pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.