Astro Bawakan Dua Saluran Terbaru Versi HD Khas Untuk Peminat Kandungan Dari Indonesia

astro bawakan dua saluran terbaru versi hd khas untuk peminat kandungan dari indonesia

Mulai 23 Mei ini, Astro melancarkan dua buah saluran baru menerui Pakej indo Pek yang menawarkan kandungan dan pengisian menarik dari negara jiran, Indonesia. Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) sangatlah sesuai bagi penggemar hiburan dari negara jiran.

Lebih menarik lagi, dua saluran ini akan memberi pengalaman definisi tinggi (HD) dan sememangnya berkualiti. Selain itu, setiap program yang ditayangkan di kedua-dua saluran ini turut disertakan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sebegai pengenalan dan tanda penghargaan Aidilfitri, korang semua boleh akses pratonton komplimentari untuk kedua-dua saluran ini bermula 23 Mei hingga 30 Jun 2020.

Selepas ini, saluran asal yang terdapat dalam Pakej Indo Pek iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142) akan diberhentikan perkhidmatan siarannya bermula 1 Jun 2020 pada jam 12 tengah malam.

Jadi, korang yang minat sinetron ataupun rancangan hiburan dari Indonesia tu, jangan melepaskan peluang untuk melanggan saluran ini. Harga masih sama iaitu RM12 sebulan dan bagi Pakej Value Pack, korang hanya dikenakan RM8. Terus ke saluran 200 atau layri laman rasmi www.astro.com.my untuk melanggan.

 

ARTIKEL BERKAITAN