Bosan Di Rumah? Nah, Astro Bagi Semua Saluran Movie Percuma Sehingga 31 Mac Ni!

Seperti mana korang dah maklum, negara kita sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac. Jadi, semua orang kena hadkan pergerakan korang agar kita dapat berhentikan penyebaran wabak COVID-19.

Korang mesti terfikir nak buat apa dekat rumah, kan?

Jangan risau sebab Astro nak bagi korang merasai pengalaman semua saluran movie yang ada secara percuma. Jadi, korang boleh tengok semua saluran movie tanpa batasan dan had.

Bermula 6 pagi 18 Mac hinggalah 31 Mac, Astro akan menawarkan saluran movie percuma kepada para pelanggan.Tawaran ini termasuklah saluran BOO, HBO, Cinemax, FOX Movies, Astro Cita, Tayangan Hebat dan macam-macam lagi. Ni lah peluang korang nak layan filem Parasite di saluran tvN Movies, Avengers: End Game di saluran Fox Movies dan lain-lain lagi.

bosan di rumah? nah, astro bagi semua saluran percuma sehingga 31 mac ni!

Untuk pelanggan NJOI pula korang boleh menikmati dua saluran secara percuma iaitu KIX dan Nat Geo WILD.

So, dah tak ada alasan lagi tak tahu nak buat apa kan? Boleh lah korang layan mana-mana saluran yang tak ada sebelum ni sambil lipat kain.

Sumber: Astro Awani