AstraZeneca Dan Sinovac Diluluskan Sebagai Dos Penggalak

Buat masa sekarang ni hanya Pfizer yang diberikan sebagai dos penggalak.

Tapi tak lama lagi AstraZeneca Dan Sinovac pun masuk dalam senarai sebagai dos penggalak!

astrazeneca dan sinovac diluluskan sebagai dos penggalak

Ia akan diberikan kepada individu berusia 18 tahun ke atas yang menerima vaksin "primary series" dari jenis sama.

Tapi ada selang masa yang kita kena ikut tau, bukannya suka-suka hati boleh dapatkan dos penggalak ni.

Dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas 6 bulan daripada penerimaan dos kedua.

Sinovac pula akan diberikan selepas 3 hingga 6 bulan daripada tarikh dos kedua diterima.

Lepastu dos penggalak ni juga akan diberikan kepada kumpulan sasar tertentu yang akan diperincikan dalam masa terdekat.

Penting ke dos penggalak ni?

Mestilah penting sebab keberkesanan vaksin akan menurun selepas beberapa bulan.

 

astrazeneca dan sinovac diluluskan sebagai dos penggalak

Tambah-tambah pula risiko untuk dijangkiti Covid-19 ada di mana -mana memandangkan kita dah boleh melancong dan banyak lagi sektor ekonomi dan sosial dibuka.

Sesiapa yang dah dapat temu janji tu, pergi la dapatkan dos penggalak untuk kepentingan diri sendiri dan orang sekeliling, okay!

Vaksin, vaksin jugak, SOP jangan lupa tau!

 

Oleh: Izzati Amir