Astrazeneca & Coronavac Diluluskan Sebagai 'Booster Dose' Di Malaysia

Vaksin AstraZeneca dan CoronaVac diberikan kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk digunakan sebagai dos penggalak COVID-19 kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin siri primer daripada jenis sama (homologous).

astrazeneca & coronavac diluluskan sebagai 'booster dose' di malaysia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah, dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas enam bulan dari tempoh penerimaan dos kedua vaksin tersebut.

Sementara itu, bagi vaksin CoronaVac pula, dos penggalak akan diberikan selepas tiga hingga enam bulan dari tempoh dos kedua diterima.

“Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

 

Sumber: [1]