AstraZeneca Buka Pusat Penyelidikan Sendiri

Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca membuka pusat penyelidikan bernilai 1 bilion pound (RM5,633,803,000) dalam meningkatkan usaha membangunkan salah satu vaksin COVID-19 yang pertama.

astrazeneca buka pusat penyelidikan sendiri

Kompleks seluas 19,000 meter persegi itu terletak berhampiran Universiti Cambridge dan bakal menempatkan lebih daripada 2,200 saintis penyelidikan.

Ia turut disertai kumpulan perniagaan yang ingin menjadikan Cambridge sebagai hab penyelidikan sains hayat yang serupa dengan Lembah Silikon California bagi industri teknologi.

AstraZeneca bekerjasama dengan Universiti Oxford untuk membangunkan salah satu vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan pegawai selia di UK, Kesatuan Eropah dan negara lain.

Vaksin tersebut juga digunakan secara meluas dalam kalangan negara membangun berikutan AstraZeneca telah berjanji untuk mengurangkan kos jualannya kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengaut untung.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN