Nampak Kilat Terus Tutup Telinga? Anda Hidap Astraphobia

Musim hujan sejak dua menjak ini sering menyebabkan kilat dan guruh juga kedengaran sama dilangit.

nampak kilat terus tutup telinga? anda hidap astraphobia

Ada yang menganggap ia normal, tetapi ada yang sangat takut pada guruh dan kilat hingga memaksa mereka untuk menutup telinga dan mata sepenuhnya.

 

Jika seseorang itu mengalami masalah terlalu takut pada petir dan guruh, anda dikenali sebagai astraphobia.

nampak kilat terus tutup telinga? anda hidap astraphobia

Astraphonia adalah rasa takut yang ekstrim pada petir dan kilat. Rasa takut pada petir dan kilat ini terjadi pada semua orang dari segala usia. Malah, haiwan juga ada yang mempunyai rasa takut ini.

 

Selain astraphobia, nama lain bagi mereka yang takut kepada kilat dan guruh ialah tonitrophobia, brontophobia, atau keraunophobia.

nampak kilat terus tutup telinga? anda hidap astraphobia

Mereka yang mempunyai rasa takut ini akan mengalami rasa cemas, takut berlebihan, dan juga berdebar-debar. Punca kepada astraphobia adalah mungkin kerana trauma yang pernah dialami dirinya atau terlihat seseorang yang pernah cedera akibat daripada panahan kilat dan petir.

 

Sumber: Hellosehat