Aston Villa Laung Amaran!

aston villa laung amaran!

Penghujung musim lalu, Aston Villa nyaris tersingkir daripada saingan EPL. Meraka tamatkan saingan di kedudukan ke-17, 1 mata di luar zon penyingkiran.

Villa kini berada di kedudukan ke-5 liga selepas 14 perlawanan apabila seri 1-1 dengan Chelsea. Persembahan Aston Villa musim ini memang mengejutkan ramai pihak. Mereka tewaskan Leicester, Arsenal (kalau kita masih menganggap Arsenal pasukan yang besar sebab berada di kedudukan ke-15) dan tidak boleh dilupa apabila membelasah Liverpool 7-2!

Macam mana Villa boleh tunjukkan peningkatan yang mendadak dalam tempoh yang amat singkat?

aston villa laung amaran!

Jack Grealish! Kapten Villa yang berusia 25 tahun ni mungkin berada dalam prestasi terbaik dalam kariernya. Musim lalu, Grealish tamatkan saingan EPL sebagai penjaring terbanyak Villa dengan 8 gol dan 6 bantuan gol. Tapi selepas hanya 14 perlawanan musim ini, dia telah jaringkan 5 gol dan 6 bantuan gol!

aston villa laung amaran!

Anwar El Ghazi juga telah jaringkan 5 gol untuk Villa musim ini. El Ghazi telah jaringkan kesemua golnya dalam 5 perlawanan terakhir Villa. Musim lalu, El Ghazi hanya jaringkan 4 gol dalam saingan liga. Penjaring gol terbanyak untuk Villa musim ini ialah penyerang, Ollie Watkins yang telah meledak 6 gol.

aston villa laung amaran!

Selain pertambahan jumlah jaringan gol, pembelian penjaga gol, Emiliano Martinez daripada Arsenal juga antara aspek penting kejayaan Villa musim ini! Martinez berhijrah ke Villa dengan harga 20 juta pound dalam usaha mendapatkan lebih waktu permainan. Dalam 14 penampilan, Martinez berjaya bantu Villa harungi 8 perlawanan tanpa bolos! Arsenal mesti tengah sedih sekarang ni. Hmm.

Kalau Aston Villa mampu kekalkan prestasi cemerlang mereka ini, tak mustahil untuk mereka merebut gelaran juara seperti yang dilakukan Leicester pada 2016. Dalam pada itu, mereka juga perlu berusaha keras mengekalkan pemain utama mereka termasuk Jack Grealish. Grealish sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan beberapa kelab lain.

Semoga Aston Villa mampu terus cipta kejutan dalam saingan EPL musim ini.

 

Oleh: Karami Kamel