Saintis Sahkan Asteroid Paling Bahaya Tidak Langgar Bumi Pada 2052

Sebelum ini wujud satu ramalan yang mendakwa sebuah asteroid paling bahaya akan melanggar Bumi pada tahun 2052.

saintis sahkan asteroid paling bahaya tidak langgar bumi pada 2052

Batu angkasa gergasi itu yang disebut sebagai '2021 QMI' mendahului senarai risiko di seluruh dunia selama berbulan-bulan dan dianggap paling berpotensi melanggar Bumi secara tepatnya pada 2 April 2052.

.

Bagaimanapun kumpulan saintis Agensi Angkasa Eropah (ESA) menyatakan bahawa orang ramai tidak perlu panik dan bimbang dengan ramalan itu kerana dakwa mereka ia tidak akan berlaku.

saintis sahkan asteroid paling bahaya tidak langgar bumi pada 2052

Ia dibuat selepas pemerhatian dan analisis terperinci dibuat pada asteroid terbabit yang hampir tidak kelihatan menggunakan teleskop paling sensitif di dunia.

.

“Kami kita boleh mengatakan dengan selamat bahawa asteroid paling berbahaya yang diketahui oleh umat manusia pada tahun lepas tidak akan melanggar Bumi sekurang-kurangnya untuk abad yang akan datang,” kata ESA dalam satu kenyataan.

.

Asteroid itu pertama kali ditemui pada 28 Ogos tahun lalu oleh balai cerap Mount Lemmon di Arizona dekat Amerika Syarikat. Pada awalnya asteroid itu tidak dianggap luar biasa kerana sekitar 12 asteroid baru yang mengorbit Bumi ditemui setiap malam.

saintis sahkan asteroid paling bahaya tidak langgar bumi pada 2052

Bagaimanapun kajian lanjut mendapati asteroid itu boleh mendatangkan bahaya dan saintis membuat pengiraan tarikh pelanggaran asteroid dengan Bumi. Namun kajian lebih terperinci kemudian menyatakan perkara sebaliknya.

.

“Pemerhatian awal memberi kami lebih banyak maklumat tentang laluan asteroid ini bagi melakukan unjuran masa hadapan.

“Kami dapat melihat laluan masa depannya mengelilingi matahari dan pada tahun 2052, ia boleh mendekati Bumi secara berbahaya namun risiko itu telah berkurangan,” kata Ketua Pertahanan Planet ESA, Richard Moissl.

.

Sumber: [1]