Asia Halal Brand Awards 2019 Iktiraf 55 Syarikat

Sebanyak 55 syarikat dari beberapa negara Asia menerima pengiktirafan Anugerah Jenama Halal Asia (AHBA) 2019. Anugerah yang dianjurkan Armani Media Sdn Bhd ini telah menerima sebanyak 488 pencalonan dari Malaysia, Jepun, Taiwan, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.

asia halal brand awards 2019 iktiraf 55 syarikat

Pengasas Armani Media, Datuk KK Chua berkata acara itu adalah satu platform untuk mengangkat Malaysia sebagai hab halal bagi rantau ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Pengarah Seketariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM - Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

asia halal brand awards 2019 iktiraf 55 syarikat

Antara syarikat yang menerima anugerah dalam pelbagai segmen ialah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, SIMPLYSITI, FG Walet Bird's Nest, QSR Brands dan Loob Holding Sdn Bhd.

Menurut Sirajuddin, acara itu dilihat sebagai salah satu inisiatif oleh badan korporat untuk mempromosikan konsep halal secara lebih meluas dalam masa sama memotivasikan usahawan untuk meningkatkan kualiti produk mereka.

asia halal brand awards 2019 iktiraf 55 syarikatasia halal brand awards 2019 iktiraf 55 syarikat

Oleh : Abdul Rahman bin Khairuddin

ARTIKEL BERKAITAN