Lepas 25 Tahun, Ash Ketchum Akhirnya Juara Dunia Pokemon!

Hujung minggu lalu, kecoh di media sosial selepas watak utama dalam siri anime Pokemon, iaitu Ash Ketchum telah menjadi juara dunia Pokemon selepas 25 tahun menggembara.

lepas 25 tahun, ash ketchum akhirnya juara dunia pokemon!

Menerusi hantaran yang dibuat laman rasmi Twitter Pokemon, Ash dilaporkan telah menjadi juara dunia menerusi satu episod terbaharu pada musim ke-25 yang disiarkan pada Jumaat, 11 November 2022.

lepas 25 tahun, ash ketchum akhirnya juara dunia pokemon!

Ash telah memenangi Masters Eight Tournament of The World Coronation Series menerusi pertarungan Pikachu miliknya bersama Charizard milik Leon.

Dapat dilihat juga beberapa Pokemon milik Ash dan rakan penggembaranya seperti Brock, Misty, May, Max, Cilan, Dawn dan lain-lain turut bersama-sama meraikan kejayaan ini selepas 25 tahun mereka menggembara dalam dunia Pokemon.

 

 

Sejarah penggembaraan Ash bermula sejak dari tahun 1997 selepas beliau bertemu dengan Pikachu pada hari lahirnya yang ke-10. Sejak dari itu, Ash telah menempuh pelbagai cabaran dan rintangan termasuk bertemu beberapa spesis Pokemon baharu, tewas dalam pelbagai pertarungan dan juga sering menjadi buruan musuh, Team Rocket.

lepas 25 tahun, ash ketchum akhirnya juara dunia pokemon!

Untuk rekod juga, siri yang berasal dari permainan video ini telah disiarkan selama lebih 1,200 episod.

 

Sumber: BBC, Pokemon Official