Ramai tahu yang vaping sebenarnya membawa bahaya kepada kesihatan.
Namun bagaimanapun pula dengan kesan terhadap second-hand atau third-hand vaping?
Adakah golongan second-hand dan third-hand vaping turut sama mendapat kesan sama seperti first-hand vaping?
Buat mereka yang tidak tahu, second-hand vaping itu bermaksud asap atau wap vaping yang disedut oleh orang sekeliling dari first-hand vaping sementara third-hand vaping pula merupakan asap atau wap yang melekat pada karpet, dinding, baju, permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa kita perlu risaukan second-hand dan third-hand vaping?
Jawapannya adalah kerana ia mampu menyebabkan penyakit membimbangkan seperti asma, kanser, kerosakan paru-paru dan penyakit jantung.
Sementara itu, untuk ibu mengandung pula, ia berupaya menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang dan kematian dalam kandungan serta kematian bayi secara tiba-tiba (sudden infant death syndrome).
Tidak ketinggalan, kanak-kanak atau pesakit asma juga berisiko mendapat serangan asma pada tahap tinggi hanya dengan menjadi second-hand atau third-hand vaping.
Justeru, sayangi keluarga anda. Berhenti vaping dan amalkan gaya hidup sihat.
Sumber: [1]