AS Akan Lepaskan Berbilion Nyamuk Yang Diubahsuai Genetik

Amerika Syarikat (AS) menerusi Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) telah meluluskan projek yang mana mereka akan melepaskan berbilion-bilion nyamuk diubahsuai secara genetik di negeri Florida dan California.

as akan lepaskan berbilion nyamuk yang diubahsuai genetik

Menerusi projek perintis Oxitec, nyamuk yang dibiakkan itu telah diubahsuai secara genetik dalam usaha mengekang pembiakan spesis itu yang didapati menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya kepada manusia.

.

Oxitec, merupakan sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Britain telah juga mencipta nama dalam teknologi kawalan makhluk perosak biologi.

as akan lepaskan berbilion nyamuk yang diubahsuai genetik

“Pasukan kami amat berbangga kerana menerima satu lagi kelulusan penting daripada EPA.

“Perluasan usaha ini mencerminkan perkongsian kukuh di peringkat tempatan, negeri dan nasional,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Oxitec, Gray Frandsen dalam satu kenyataan.

.

Dua projek perintis Oxitec yang telah diluluskan adalah projek Daerah Kawalan Nyamuk dan Vektor Delta (Delta MVCD) di California dan inisiatif Daerah Kawalan Nyamuk Florida Keys (FKMCD) di Florida.

.

Menurut Oxitec, teknologi kawalan makhluk perosak biologi itu juga terbukti berkesan dan selamat, serta tidak membahayakan serangga bermanfaat lain seperti lebah dan rama-rama. Malah, kaedah itu juga mampu mengawal nyamuk Aeds aegypti yang membawa wabak demam denggi.

.

Matlamat Oxitec adalah untuk mengurangkan penilaran penyakit bahaya bawaan nyamuk seperti denggi, Zika, demam kuning dan juga chikungunya.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN