Amerika Syarikat telah melaporkan penularan wabak Listeria yang mana menjangkiti sekurangnya 22 orang dan menyebabkan satu kes kematian.
Punca kepada penularan penyakit itu bagaimanapun masih belum dikenalpasti, demikian menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
.
Menurut laporan, mereka yang dijangkiti menetap di 10 negeri di AS dengan majoriti pesakit tinggal atau pernah berkunjung ke Florida.
.
Gejala seperti demam, sakit otot, sakit kepala, hilang keseimbangan badan dan lain-lain akibat bakteria Listeria boleh dikesan seawal dua minggu selepas individu makan makanan tercemar.
.
Meskipun CDC tidak dapat mengenal pasti makanan khusus yang mungkin menyebabkan bakteria itu tersebar, makanan seperti keju, taugeh mentah, tembikai, daging hiris, pate (daging), hot dog, ikan salai dan susu mentah yang sering dikaitkan dengan penyakit Listeria kini menjadi perhatian.
Golongan lebih tua, pesakit lemah imunisasi badan, wanita hamil dan bayi baru lahir antara mereka yang berisiko dijangkiti wabak Listeria.
.
Lebih membimbangkan, jangkitan Listeria kepada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, kelahiran mati, kelahiran pramatang atau komplikasi lain selepas bayi dilahirkan.
.
Justeru CDC menasihatkan orang ramai yang dijangkiti Listeria agar menulis seberapa banyak yang mereka ingat tentang makanan yang diambil dalam tempoh sebulan sebelum jatuh sakit. Ia penting bagi menilai punca jangkitan yang telah mengakibatkan kematian ini.
.
Sumber: [1]