Kes COVID-19 Di AS Dijangka Meningkat Akibat Varian BA.2

Pakar kesihatan di Amerika Syarikat meluahkan rasa bimbang dengan kemungkinan peningkatan kes baharu dalam beberapa minggu mendatang susulan varian baharu BA.2

kes covid-19 di as dijangka meningkat akibat varian ba.2

Data yang diperoleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menunjukkan varian BA.2, yang merupakan subvarian Omicron, telah meningkat tiga kali ganda dalam dua minggu.

kes covid-19 di as dijangka meningkat akibat varian ba.2

Setakat 11 Mac lalu, varian BA.2 telah menyumbang kepada 23.1% jumlah kes COVID-19 di AS, berbanding 7.1% pada 26 Februari.

 

Walaupun varian Omicron asal masih membentuk majoriti jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat, kadar jangkitannya telah menurun dalam tempoh yang sama, daripada 74.5% kepada 66.1%.

 

Dr. Anthony Fauci, pakar penyakit berjangkit terkemuka AS berkata memandangkan kadar jangkitan varian BA.2 yang semakin meningkat, beliau menjangkakan kes akan meningkat bulan depan.

 

Beliau menjangkakan sedemikian susulan kelonggaran undang-undang yang telah diberikan seperti tidak perlu memakai pelitup muka ketika berada dalam bangunan, yang mana ini dapat meningkatkan lagi jumlah kes jangkitan.

 

Tambah beliau lagi, varian BA.2 juga akan menjadi varian yang dominan di AS, melepasi varian Omicron yang asal.

 

Beberapa negara barat juga menyaksikan peningkatan kes tempatan seperti Finland, Perancis, Jerman, Belanda dan United Kingdom.

kes covid-19 di as dijangka meningkat akibat varian ba.2

kes covid-19 di as dijangka meningkat akibat varian ba.2

Data daripada kajian sebelum ini juga telah menunjukkan varian Omicron BA.2 adalah lebih mudah merebak berbanding varian asal. Namun dengan menerima suntikan vaksin, kadar jangkitan itu dapat dikurangkan secara signifikan.

 

 

Sumber: [1], [2]