Amerika Syarikat Sedang Hasil Vaksin Cegah Wabak Cacar Monyet

Susulan peningkatan kes wabak cacar monyet, pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) kini dalam proses mengeluarkan beberapa dos vaksin Jynneos bagi mengekang penularan penyakit itu.

amerika syarikat sedang hasil vaksin cegah wabak cacar monyet

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ada lebih 1,000 dos vaksin yang diluluskan di AS pada 2019 kini dalam simpanan pusat.

.

CDC juga menjangkakan angka itu akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

.

Vaksin Jynneos keluaran Bavarian Nordic A/S diluluskan bagi melawan cacar dan cacar monyet dalam kalangan dewasa berisiko tinggi berusia 18 tahun dan ke atas.

.

Tambah lagi, sehingga kini ada 100 juta dos vaksin cacar ACAM-2000 yang mempunyai kesan sampingan ketara. Vaksin ini sebelumnya dihasilkan oleh Sanofi, dan kini dihasilkan oleh Emergent BioSolutions.

.

Vaksin itu akan diedarkan kepada individu yang pernah bersentuhan dengan pesakit cacar monyet, pekerja penjagaan kesihatan, kontak rapat dan mereka yang berisiko tinggi.

.

Setakat ini juga, terdapat satu kes cacar monyet yang disahkan di Massachusetts dan empat kes masing-masing di New York, Florida dan Utah.

.

Sumber: [1]