Selain Masalah COVID-19, AS Juga Berdepan Krisis Bekalan Boba

Negara Amerika Syarikat (AS) kini berdepan dengan masalah bekalan boba, iaitu sejenis makanan tambahan yang dihasilkan dari tepung ubi kayu yang biasanya diletakkan dalam minuman.

selain masalah covid-19, as juga berdepan krisis bekalan boba

Kekurangan boba ini adalah antara masalah yang timbul ketika penularan wabak COVID-19, selain isu kehabisan tisu tandas, tepung penaik dan juga paket sos tomato.

 

Menurut laporan, kekurangan boba di negara itu akan berterusan selama beberapa bulan disebabkan masalah logisik apabila terlalu banyak penghantaran dari Asia namun kapasiti pemprosesan tidak mencukupi untuk pasaran AS.

 

“Terdapat banyak kemasukan kontena yang dari luar negara, namun sayangnya, tiada  tenaga kerja mencukupi untuk membantu mengeluarkan kontena ini dari kapal,” kata Naib presiden Jualan dan Pemasaran Global bagi syarikat pembekal Boba Direct, Oliver Yoon.

selain masalah covid-19, as juga berdepan krisis bekalan boba

Masalah ini bertambah rumit apabila pekerja di pelabuhan AS dan pekerja pemandu yang berkurangan, menyebabkan stok bekalan dilonggokkan di sepanjang pantai Timur dan Barat AS.

 

Ia nyata menjejaskan pemilik kedai teh boba termasuk Abdurahman Sharif yang mengusahakan kedai Chi Tea di Chicago.

“Pada bulan lalu, setiap minggu, kami perlu memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah permintaan pelanggan yang mahukan boba dalam air teh mereka.

“Kami terpaksa menarik semula semua minuman yang mempunyai boba kerana bekalan tidak sampai dan terpaksa menggantikannya dengan menu baharu yang kurang mendapat sambutan,” katanya.

 

Masalah krisis wabak COVID-19 di AS masih belum reda dengan jumlah kes baharu sebanyak 52,046 kes pada Selasa, 27 April.

selain masalah covid-19, as juga berdepan krisis bekalan boba

Sumber: Kosmo!

 

ARTIKEL BERKAITAN