Arsenal oh Arsenal...

Kembali berpijak di bumi nyata. Korang rasa sesuai tak pepatah ni untuk Arsenal? Ramai peminat yang terkejut dengan prestasi Arsenal musim ni. Boleh dikatakan The Gunners berada pada prestasi terbaik biarpun dibarisi ramai pemain muda.

arsenal oh arsenal...

Kira-kira 3 minggu lalu, Arsenal kalahkan Manchester United 3-2 di Emirates dan mendahului saingan EPL. Waktu itu, The Gunners mengatasi pencabar terdekatnya, Manchester City dengan 5 mata. Penyokong Arsenal dah tentulah happy. Di Uganda, beberapa penyokong Arsenal sampai buat perarakan trofi replika lepas menang lawan Man U. Real betul!

arsenal oh arsenal...

Kemenangan ke atas Man U mungkin turning point untuk Arsenal musim ni. Sebab 4 perlawanan lepas tu, Arsenal kalah 3 kali dan seri sekali.

arsenal oh arsenal...

Kalah lawan kepada Man City pada aksi Piala FA. Tapi masa ni Arsenal tak turunkan skuad utama. Kira dimaafkan la. Kemudian kalah dengan Everton. Lepas tu seri dengan Brentford, tapi gol penyamaan Brentford tu patutnya tak kira sebab offside. Dan terbaru kalah dengan City sekali lagi – kali ni dalam saingan EPL. Oleh sebab dah kalah, maka Arsenal pun turun ke tangga kedua liga. City sekarang mendahului saingan tapi hanya dengan kelebihan perbezaan gol.

 

 

Kemudian dengan tidak semena-mena, penyokong Arsenal ibarat hilang di media sosial. Mereka juga tidak lagi bercakap berkenaan Arsenal mahupun bola sepak. Perbualan mereka di media sosial lebih tertumpu kepada perkara-perkara serius seperti Menu Rahmah dan aplikasi MyJPJ.

arsenal oh arsenal...

Kena ingat, Arsenal tak sasar untuk jadi juara liga pun. Kebetulan diorang perform kaw-kaw dan team lain sendu pulak. Cuma rasanya ini peluang terbaik Arsenal untuk menang liga sebab last menang pun 2004 kan? Tapi penyokong Arsenal rilek dulu. Masih ada peluang nak menang liga ni. Ada game in hand kan? Kalau manager korang Mikel Arteta tu masih yakin Arsenal mampu menang liga, kenapa korang tak nak yakin pulak kan?

Oh ya, penyokong Liverpool mana? Lama tak dengar cerita diorang?

 

Oleh: Karami Kamel